Cara Mohon Bekalan Elektrik Sementara Untuk Tapak Projek
Tapak pembinaan perlukan bekalan elektrik kerja sebelum bangunan siap? Ini panduan penuh proses, dokumen dan kos bekalan sementara (temporary supply) TNB.
Bekalan elektrik sementara (temporary supply) adalah bekalan untuk kegunaan sementara di tapak pembinaan atau premis yang tidak bersifat kekal — bukan permohonan meter kediaman biasa untuk rumah yang sudah siap diduduki. Ramai kontraktor dan pemaju keliru antara dua jenis permohonan ini, dan silap pilih boleh sebabkan kelewatan projek.
Siapa Yang Perlukan Bekalan Sementara?
- Tapak pembinaan rumah, kedai atau bangunan baru
- Tapak projek yang perlukan bekalan elektrik kerja
- Premis sementara atau tidak kekal
- Projek pembangunan komersil yang masih dalam pembinaan
Bekalan Sementara vs Meter Baru — Jangan Keliru
Ini kesilapan paling biasa: memohon jenis bekalan yang salah untuk peringkat projek anda.
| Situasi | Permohonan Yang Sesuai |
|---|---|
| Tapak masih dalam pembinaan, perlukan kuasa untuk kerja | Bekalan Sementara ✓ |
| Bangunan sudah siap, sedia untuk diduduki | Meter TNB Masuk Baru |
Nota Penting
Jika rumah atau kedai sudah siap dan perlukan meter tetap, rujuk panduan Cara Mohon Meter TNB Masuk Baru, bukan bekalan sementara.
Prosedur Permohonan Bekalan Sementara
- Hubungi Anaqi Ventures — maklumkan lokasi tapak, tempoh bekalan diperlukan dan anggaran beban elektrik.
- Site Visit — kami lawat tapak untuk nilai keperluan dan cadangkan saiz bekalan yang sesuai.
- Submit Permohonan ke TNB — kami uruskan semua dokumen dan permohonan bagi pihak anda.
- Pemasangan Box Meter Sementara — setelah diluluskan, kami pasang box meter sementara di tapak.
- TNB Sambung Bekalan — TNB sambungkan bekalan elektrik ke meter sementara.
- Bekalan Aktif — tapak projek anda mula mendapat bekalan elektrik.
Dokumen Diperlukan
- Kad pengenalan pemohon / pengarah syarikat
- SSM syarikat (jika atas nama syarikat)
- Salinan geran tanah / surat pajakan / kebenaran pemilik
- Plan tapak projek (jika ada)
- Emel & nombor telefon
Berapa Lama & Berapa Kos?
Tempoh bekalan sementara ditentukan oleh TNB mengikut kelulusan — kebiasaannya diberikan untuk tempoh projek pembinaan, dan boleh dipanjangkan dengan permohonan tambahan jika diperlukan. Kos bergantung pada saiz beban, tempoh penggunaan dan jenis sambungan; sebutharga tepat diberikan selepas site visit.
Penting — Selepas Projek Siap
Bekalan sementara mempunyai tempoh sah tertentu mengikut kelulusan TNB. Setelah projek siap, permohonan meter tetap (newly build) perlu dibuat berasingan. Anaqi Ventures boleh bantu kedua-dua permohonan — sementara dan tetap.
Perlukan bekalan sementara untuk tapak projek anda? Kami uruskan dari site visit hingga bekalan aktif — Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya & Cyberjaya.
Soalan Lazim
Nak Bekalan Sementara untuk Tapak Projek?
WhatsApp kami — sebutharga pantas, tiada hidden cost.