Bila Perlu Upgrade ke 3Phase?
- Selalu trip bila aircond, mesin basuh dan ketuhar hidup serentak
- Nak pasang EV charger di rumah (memerlukan 3phase)
- Renovation besar — tambah banyak unit aircond
- Pasang solar PV yang memerlukan kapasiti lebih
- Berniaga dari rumah — banyak peralatan elektrik berat
- Naikkan nilai hartanah (rumah 3phase lebih bernilai)
⚠️ Wajib Melalui Kontraktor Berdaftar TNB
Permohonan upgrade atau downgrade meter wajib melalui kontraktor elektrik berdaftar TNB. Tidak boleh buat sendiri secara online.
Prosedur Upgrade Meter 3Phase
- Tukar Papan Meter & DB 3Phase dahulu — Sebelum submit ke TNB, papan meter dan DB mesti ditukar kepada yang sesuai untuk 3phase. Kerja ini oleh wireman berlesen.
- Lantik Kontraktor — Hubungi Anaqi Ventures — WhatsApp kami dan cerita keperluan. Kami arrange site visit.
- Site Visit & Pengujian — Kami datang ke tapak untuk nilai keperluan dan lakukan ujian wiring.
- Submit Permohonan ke TNB — Kami submit permohonan upgrade secara online ke TNB bagi pihak anda.
- TNB Site Visit & Pengiraan Kos — Pegawai TNB datang ke premis dan keluarkan invoice kos.
- Anda Bayar ke TNB — Bayar terus ke TNB. Caj kontraktor dibayar kepada kami setelah permohonan diluluskan.
- TNB Pasang Cable & Meter 3Phase — Meter 3phase baharu dipasang dan bekalan aktif.
Dokumen Diperlukan
Kediaman
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan bil elektrik semasa (nombor bil mesti kelihatan)
Perniagaan / Syarikat
- Salinan SSM / Borang 9 / Borang D
- Salinan KP pengarah urusan
- Salinan bil elektrik semasa
Kos & Harga Upgrade 3Phase
Terdapat 3 komponen kos yang perlu anda tahu:
1. Kos Kerja Onsite — Tukar Papan Meter & DB
Bergantung pada keadaan tapak, jenis premis dan skop kerja. Anggaran RM1,000 – RM3,000, mungkin lebih untuk pemasangan underground.
2. Kos TNB — Caj Sambungan + Deposit + Setem (RM10)
Dikira atas selisih antara deposit & CSP lama dengan yang baru. Anda bayar terus ke TNB.
| Jenis Premis | Deposit 3Ph | CSP | Setem | Jumlah TNB |
| Rumah Teres / Apt Kos Rendah | RM 400 | RM 750 | RM 10 | RM 1,160 |
| Rumah Teres 2 Tingkat / Apt / Kondo | RM 700 | RM 750 | RM 10 | RM 1,460 |
| Banglo / Teres Mewah / Apt Mewah | RM 1,200 | RM 750 | RM 10 | RM 1,960 |
| Banglo 2 Tingkat | RM 1,600 | RM 750 | RM 10 | RM 2,360 |
| Kedai / Premis Komersil | RM 2,760 | RM 1,700 | RM 10 | RM 4,470 |
| Underground (semua jenis) | — | RM 1,700 | RM 10 | — |
*Dikira atas selisih deposit & CSP lama. Jumlah sebenar dalam invoice dari TNB.
Contoh: Upgrade Rumah Teres 2 Tingkat
Bayaran lama (1phase): Deposit RM500 + CSP RM450
| CSP tambahan: RM750 – RM450 | RM300 |
| Deposit tambahan: RM700 – RM500 | RM200 |
| Setem | RM10 |
| Jumlah bayaran tambahan ke TNB | RM510 |
*Tidak termasuk kos kerja onsite & caj kontraktor.
3. Caj Kontraktor (Pengurusan & Permohonan)
Kos pengurusan permohonan, pengujian dan penghantaran dokumen ke TNB. Kebiasaannya RM200 – RM750 bergantung lokasi dan kerumitan.
Tempoh: Kebiasaannya 1–3 minggu dari tarikh submit hingga meter 3phase dipasang oleh TNB.
💡 Tips Penting
- Jika premis bukan atas nama anda, tukar nama dahulu di TNB supaya deposit lama boleh dikira balik.
- Pastikan papan meter & DB 3phase sudah siap sebelum TNB buat site visit.
- Terbaik digabung sekali dengan pemasangan solar PV — jimat kos dan masa.
Perbandingan 1Phase vs 3Phase
| Perkara | 1Phase | 3Phase ✓ |
| Aircond + mesin basuh + ketuhar serentak | Mudah trip | ✓ Stabil |
| EV Charger di rumah | Perlu upgrade dulu | ✓ Sedia |
| Kapasiti bekalan elektrik | Terhad | ✓ Lebih besar |
| Sesuai untuk solar PV besar | Had kapasiti | ✓ Sesuai |
| Nilai hartanah | Biasa | ✓ Lebih tinggi |
Soalan Lazim
Berapa lama proses upgrade? +
Kebiasaannya 1–3 minggu dari tarikh submit hingga meter 3phase dipasang oleh TNB — termasuk site visit pegawai TNB dan pemasangan cable & meter. Monitor status di portal MyTNB.
Boleh upgrade dan pasang solar NEM sekali? +
Ya, sangat disyorkan! Kami boleh koordinasi kedua-dua permohonan TNB serentak — jimat kos mobilisasi, masa dan kerja onsite.
Perlu tukar papan meter sendiri dulu ke? +
Ya, papan meter dan DB 3phase perlu siap sebelum permohonan dikemukakan ke TNB. Anaqi Ventures boleh bantu kerja onsite ini juga — hubungi kami untuk pakej lengkap.
Premis bukan atas nama saya, boleh upgrade? +
Permohonan upgrade perlu dikemukakan atas nama penama akaun TNB sedia ada. Jika berbeza, kami sarankan tukar nama akaun TNB dahulu sebelum proses upgrade.