UtamaServisMeter Baru (Newly Build)
Permohonan Meter TNB

Meter Baru — Premis Tak Pernah Ada Meter
(Newly Build)

Panduan permohonan meter elektrik TNB baharu untuk rumah atau premis baru di Klang Valley & Selangor.

Syarat & Kelayakan

Untuk premis baru yang tidak pernah ada meter, permohonan wajib melalui kontraktor elektrik berdaftar TNB. Tidak boleh buat sendiri secara online.

⚡ Sediakan Ini Sebelum Mohon

  • Premis perlu siap sekurang-kurangnya 80%
  • Wiring DB dan papan meter sudah siap
  • Cable dari papan meter ke DB dalaman
  • D-hook sudah dipasang (untuk gantung cable servis TNB)

Prosedur Permohonan

  1. Hubungi Anaqi Ventures — WhatsApp kami untuk penjelasan awal dan semakan keperluan premis.
  2. Site Visit — Kami datang ke lokasi untuk nilai keadaan premis, papan meter, wiring dan keperluan sambungan.
  3. Sediakan Dokumen — Kami arahkan dokumen yang diperlukan mengikut jenis premis.
  4. Submit Permohonan ke TNB — Kami submit permohonan secara online melalui sistem TNB bagi pihak anda.
  5. TNB Proses & Keluarkan Kelulusan — TNB semak dan keluarkan notis kelulusan melalui emel.
  6. Bayar ke TNB — Bayar deposit + CSP terus ke TNB. Caj kontraktor terus kepada kami.
  7. TNB Pasang Meter — Pegawai TNB datang pasang meter. Kerja siap!

Dokumen Diperlukan

Kediaman / Pemohon Individu

Perniagaan / Syarikat

💡 Tips Dokumen

Dokumen boleh dikemukakan dalam format PDF atau imej yang jelas. Jika tiada geran tanah, ada dokumen alternatif yang boleh digunakan — hubungi kami untuk semak kes anda secara percuma.

Harga Caj TNB (Meter Baru)

Terdapat 2 bayaran: (1) bayaran kontraktor untuk pengurusan, (2) bayaran terus ke TNB (deposit + CSP).

Jenis PremisDepositCSPSetemJumlah TNB
Rumah Kampung / Flat / SetingganRM 170RM 450RM 10RM 630
Apt Sederhana / Teres Kos RendahRM 250RM 450RM 10RM 710
Teres 2 Tingkat / Apt / KondoRM 500RM 450RM 10RM 960
Banglo / Teres Mewah / Apt MewahRM 700RM 450RM 10RM 1,160
Kedai Kecil (1 fasa)RM 250RM 450RM 10RM 710
Kedai Besar (1 fasa)RM 500RM 450RM 10RM 960
Underground (semua)RM 1,700RM 10
3 Fasa Domestik (baru)RM 400 – RM 1,600RM 750RM 10
3 Fasa Komersil (baru)RM 2,760RM 1,700RM 10RM 4,470

*Tidak termasuk caj kontraktor. Jumlah sebenar bergantung jenis premis & kawasan. Anggaran sahaja.

Tempoh: 7–14 hari bekerja kebiasaannya. Ada kawasan boleh siap 1–3 hari.

Soalan Lazim

Rumah baru dari pemaju — macam mana nak masuk meter? +
Semak dahulu dengan pemaju — ada kemungkinan caj sambungan telah dibayar oleh pemaju dan anda hanya perlu bayar deposit sahaja. Elak bayar dua kali. Hubungi kami untuk panduan.
Berapa lama proses dari submit hingga meter dipasang? +
Kebiasaannya 7–14 hari bekerja. Ada kawasan boleh siap dalam 1–3 hari. Bergantung pada kawasan dan beban kerja TNB. Kami follow-up dengan TNB bagi pihak anda.
Tiada geran tanah, boleh mohon meter? +
Ada alternatif — S&P yang distamp, perjanjian sewa LHDN, atau dokumen lain yang boleh dijadikan bukti pemilikan. Hubungi kami untuk semak kes anda secara percuma.
Siapa yang pasang meter — kontraktor atau TNB? +
TNB yang akan pasang meter. Kontraktor (Anaqi Ventures) hanya uruskan permohonan, dokumentasi dan follow-up dengan TNB bagi pihak anda.

Nak Mohon Meter TNB Baru?

Hubungi kami — harga telus, tiada hidden cost.

💬