UtamaServisBekalan Sementara
Temporary Supply

Bekalan Elektrik Sementara
— Tapak Projek & Pembinaan

Permohonan dan pemasangan meter sementara (temporary supply) untuk tapak projek pembinaan di Klang Valley & Selangor.

Apa Itu Bekalan Sementara?

Bekalan elektrik sementara (temporary supply) adalah bekalan elektrik yang diberikan oleh TNB untuk kegunaan sementara — kebiasaannya untuk tapak pembinaan, renovasi besar atau projek yang memerlukan bekalan sebelum meter tetap dipasang.

Siapa yang Perlukan Bekalan Sementara?

  • Tapak projek pembinaan rumah atau bangunan baru
  • Renovasi besar yang memerlukan bekalan elektrik kerja
  • Projek infrastruktur yang belum ada meter tetap
  • Projek pembangunan komersil dalam pembinaan

Prosedur Permohonan

  1. Hubungi Anaqi Ventures — Maklumkan lokasi tapak, tempoh bekalan diperlukan dan anggaran beban elektrik.
  2. Site Visit — Kami lawat tapak untuk nilai keperluan dan cadangkan saiz bekalan yang sesuai.
  3. Submit Permohonan ke TNB — Kami uruskan semua dokumen dan permohonan bekalan sementara bagi pihak anda.
  4. Pemasangan Box Meter Sementara — Setelah diluluskan, kami pasang box meter sementara di tapak.
  5. TNB Sambung Bekalan — TNB sambungkan bekalan elektrik ke meter sementara.
  6. Bekalan Aktif — Tapak projek anda mula mendapat bekalan elektrik.

Dokumen Diperlukan

💡 Penting — Selepas Projek Siap

Bekalan sementara mempunyai tempoh sah tertentu mengikut kelulusan TNB. Setelah projek siap, permohonan meter tetap (newly build) perlu dibuat berasingan. Anaqi Ventures boleh bantu kedua-dua permohonan — sementara dan tetap.

Soalan Lazim

Berapa lama bekalan sementara boleh digunakan? +
Tempoh bekalan sementara ditentukan oleh TNB mengikut kelulusan. Kebiasaannya diberikan untuk tempoh projek pembinaan. Boleh dipanjangkan dengan permohonan tambahan jika diperlukan.
Berapa kos bekalan sementara? +
Kos bergantung pada saiz beban, tempoh penggunaan dan jenis sambungan. Kami bagi sebutharga tepat selepas site visit — hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Bekalan sementara sama dengan meter baru (newly build)? +
Tidak. Bekalan sementara adalah untuk kegunaan semasa projek dalam pembinaan. Meter baru (newly build) adalah meter tetap yang dipasang setelah bangunan siap dan boleh diduduki.

Nak Bekalan Sementara untuk Tapak Projek?

Hubungi kami untuk sebutharga dan proses pantas.

💬