Soalan Lazim
Semua Soalan Tentang Servis Kami — Satu Tempat
Dikumpul daripada soalan yang paling kerap ditanya pelanggan — upgrade meter 3 fasa, meter TNB masuk baru dan bekalan sementara.
Upgrade Meter 3 Fasa
Kebiasaannya 1–3 minggu dari tarikh submit permohonan hingga meter 3 fasa dipasang oleh TNB — termasuk site visit pegawai TNB dan pemasangan cable & meter.
Tidak. Permohonan upgrade meter wajib melalui kontraktor elektrik berdaftar — tidak boleh dibuat sendiri secara online.
Ya. Papan meter dan DB board 3 fasa mesti siap dan lulus pemeriksaan sebelum TNB membuat site visit dan sambungan diaktifkan.
Tidak semestinya wajib, tetapi sangat disyorkan jika anda mahu sistem solar melebihi 5kW. Meter 1 fasa hanya boleh sokong solar ATAP sehingga 5kW. Dengan 3 fasa, kapasiti naik sehingga 15kW.
Ya. EV charger AC 22kW memerlukan bekalan 3 fasa. EV charger 7kW boleh guna 1 fasa tetapi pengecasan lebih perlahan.
Boleh. Anaqi Ventures fokus pada rumah kediaman dan premis perniagaan kecil (kedai, pejabat, klinik). Kami tidak menguruskan permohonan untuk kilang atau industri berat.
Caj sambungan TNB rasmi bermula RM750 (talian atas) hingga RM2,700 bergantung pada jenis sambungan dan kapasiti. Kos kerja onsite bergantung pada keadaan tapak — WhatsApp kami untuk sebutharga yang tepat.
Meter TNB Masuk Baru
Premis perlu siap sekurang-kurangnya 80%, dengan wiring DB, papan meter dan D-hook sudah dipasang, sebelum permohonan boleh diteruskan.
Kebiasaannya 7–14 hari bekerja dari tarikh submit permohonan. Sesetengah kawasan boleh siap dalam 1–3 hari, bergantung kawasan dan beban kerja TNB semasa itu.
Ada alternatif — S&P yang distamp LHDN, perjanjian sewa, atau dokumen pemilikan lain. Hubungi kami untuk semak kes anda secara percuma.
Semak dahulu dengan pemaju — ada kemungkinan sebahagian caj telah diuruskan oleh pemaju. Elak bayar dua kali. Hubungi kami untuk panduan.
Bekalan Sementara
Tempoh bekalan sementara ditentukan oleh TNB mengikut kelulusan. Kebiasaannya diberikan untuk tempoh projek pembinaan. Boleh dipanjangkan dengan permohonan tambahan jika diperlukan.
Kos bergantung pada saiz beban, tempoh penggunaan dan jenis sambungan. Kami bagi sebutharga tepat selepas site visit.
Tidak. Bekalan sementara adalah untuk tapak pembinaan atau premis tidak kekal. Jika rumah sudah siap dan mahu meter tetap, permohonan yang sesuai ialah meter TNB masuk baru.
Soalan Umum
Tidak perlu langsung jika melalui Anaqi Ventures. Kami submit semua permohonan secara online. Bayaran ke TNB boleh dibuat melalui internet banking terus ke akaun TNB.
TNB yang akan pasang meter. Kontraktor (Anaqi Ventures) uruskan permohonan, dokumentasi dan follow-up dengan TNB bagi pihak anda.
Lembah Klang — merangkumi seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya. Termasuk Shah Alam, Subang Jaya, PJ, Klang, Puchong, Rawang, Gombak, Ampang, Cheras, Kajang, Semenyih, Sepang, Jenjarom dan sekitarnya.
Ini amalan yang betul dan telus. Bayaran yang dinyatakan dalam invoice TNB dibuat terus kepada TNB. Caj kerja Anaqi Ventures pula dimaklumkan selepas semakan tapak dan skop kerja.